LAPORAN ABM
BMK3033 KETERAMPILAN MEMBACA
KUMPULAN A
LAPORAN PAMERAN
PAMERAN BAHAN BANTU MENGAJAR
TARIKH:
9 MEI 2017
TEMPAT:
BANGUNAN FAKULTI BLOK 8 ARAS 0 BILIK 17
DISEDIAKAN OLEH:
PUTERIALIA BINTI ROSLAN D20151070480
NUR EZA MIRNA BINTI MOHD GHAZALI D20151070461
SITI NOR SYAMIMI BINTI YUSMAINEL D20151070473
NURUL ADILAH BINTI HALIM D20151070482
FATIN NURSABRINA BINTI ZAINAL D20151070486
FARAH NATASHA BINTI DERAMAN D20151070441
PROF. MADYA DR. DAHLIA BINTI JANAN
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
LAPORAN PAMERAN BAHAN BANTU MENGAJAR
SEBELUM PAMERAN
Kumpulan kami terdiri daripada 6 orang pelajar ISMP Kesusasteraan Melayu yang mengambil subjek Keterampilan Membaca BMK 3033 sebagai subjek minor Bahasa Melayu. Kumpulan kami diberi nama Your Teachers. Setelah berbincang bersama semua ahli kumpulan kami bersepakat menggunakan teknik KWL dan penerapan imej untuk diterapkan dalam binaan bahan bantu mengajar yang kami akan sediakan. Kumpulan Your Teachers telah memilih matapelajaran Sains di bawah tajuk proses fotosintesis. Selepas merangka apa bahan yang diperlukan untuk membina bahan bantu mengajar kami sebulat suara memutuskan untuk mengutip bayaran sebanyak RM 5 setiap ahli untuk membeli barang tersebut. Jumlah duit yang dikumpul untuk kumpulan kami RM30.
PERBELANJAAN INDUK
| ||||
PERKARA
|
KUANTITI/UNIT
|
HARGA
| ||
Mounting board
|
1
|
RM5.00
| ||
Kertas warna
|
6 helai
|
RM1.20
| ||
Polistrin
|
1
|
RM 4.00
| ||
Glossy paper
|
3
|
RM 4.50
| ||
Tali
|
1
|
RM 4.00
| ||
Kertas pembalut hadiah
|
6
|
RM 4.80
| ||
Hadiah
|
1 kotak Apollo
|
RM6.00
| ||
Jumlah besar
|
RM29.50
| |||
Tiga orang ahli ditugaskan untuk membeli barang dan tiga orang ahli lagi menyediakan teks dan memulakan pembinaan bahan bantu mengajar menggunakan bahan terpakai yang sedia ada. Bahan bantu mengajar yang kumpulan kami bina telah diteliti daripada aspek saiz dan kesuaian mengikut matapelajaran yang kami pilih untuk mengajar.
Pada jam 4.00 petang, semua pelajar berkumpul di Blok 8 untuk persediaan pameran. Tempat pameran diatur oleh setiap kumpulan mengikut keselesaan masing-masing. Pada jam 4.30 petang merupakan waktu ketibaan pensyarah Dr, Dahlia bt Janan dan sesi taklimat sebelum bermulanya pameran. Penilaian dilakukan oleh Dr Dahlia sendiri dan 3 orang wakil daripada setiap kumpulan untuk menilai setiap kumpulan secara bergilir.
Kumpulan kami atau kumpulan yang diberi nama Your Teachers menggunakan gabungan dua teknik iaitu KWL dan penerapan imej. Matapelajaran yang kumpulan Your Teachers gunakan ialah Sains di bawah tajuk proses fotosintesis. Kami menyediakan teks berkaitan dengan proses fotosintesis untuk bahan bacaan atau rujukan sebelum diaplikasikan untuk teknik KWL. Pelajar diminta membaca teks yang disediakan seterusnya kenal pasti apa yang pelajar tahu tentang proses fotosintesis untuk bahagian ‘Know’ dan seterusnya pelajar perlu menulis Bahan Bantu Mengajar yang di beri nama ‘pokok gergasi’. Pelajar juga akan mengena pasti apa yang mereka ingin tahu selanjutnya mengenai proses fotosintesis untuk bahagian ‘What’. Seterusnya, teknik penerapan imej digunakan untuk membantu pelajar memahami lebih jelas melalui ‘kotak magik’ yang kumpulan kami sediakan. Melalui ‘kotak magik’ pelajar akan dapat mengetahui bahagian Learn dimana bahagian yang menunjukkan pelajar mendapat sesuatu di akhir pembelajaran.
Kumpulan Your Teachers mengambil inisiatif untuk menarik minat pelajar dengan menyediakan hadiah kepada mereka yang mahu mencuba bahan bantu mengajar yang kami sediakan. Penilai juga turut diberi hadiah kerana mencuba simulasi bahan bantu mengajar kami.
SELEPAS PAMERAN
Selepas pameran setiap kumpulan pembentang dikehendaki untuk mengumpul segala bukti seperti gambar dan juga video untuk dimuatkan dalam blog. Setiap kumpulan perlu membina satu blog untuk melampirkan kesemua laporan aktiviti, kertas kerja, gambar dan video untuk penilaian seterusnya.
Comments
Post a Comment